"Kembara Menuju Redha Allah"

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 11:21 AM | 0 comments »

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita hidup sehingga hari ini. Tidak lupa selawat dan salam untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w kerana perjuangan baginda dapatlah kita mengecap nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam.

Hari ini sekali lagi ana telah di beri peluang oleh Allah untuk meneruskan hidup sebagai hambaNya di muka bumi ini.Di kesempatan itu, ana telah cuba untuk membuat blog ini bertujuan agar dapat memberi manfaat kepada semua yang berkunjung sesuai dengan tema "Kembara Mencari Redha Allah". Oleh itu, tulisan ana yang tidak tersusun dengan ilmu yang cetek ini, ana amat mengharapkan sebarang komen dan pandangan dari semua sahabat pengunjung untuk meningkatkan lagi kualiti "content" yang ada di dalam blog ini.

"Berilah peringatan, Sesungguhnya peringatan itu amat berguna untuk orang-orang mukmin"

Akhir kalam dari ana, Hidupkan rasa cinta Islam dalam apa juga keadaan,di kala susah atau senang, lapang atau sibuk, dengan apa cara sekalipun agar Islam dapat Tumbuh mekar di bumi ini khususnya di negara yang kita cintai ini. Jadikan hidup anda bermanfaat untuk orang lain. Sekian, Wassalam.

Unggul Bersama Islam

Strive for Mardhatillah

0 comments