Aku dan Civil Enginering

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 12:08 PM | 0 comments »

"Aku teringin sekali mencipta sebuah bangunan yang boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa menggunakan kereta..."


"aku juga ingin membina satu bangunan mepunyai pintu yang membolehkan aku untuk balik ke sabah dalam sekelip mata...ibarat cerita doraemon la.."terasa agak lama tidak balik ke sabah yang mungkin menyebabkan aku berfikir sebegini...

"tetapi Sungguh mustahil bentak hatiku.."

"tidak mungkin..itulah yang terbuku didalam fikiranku.."

Sesekali terbit idea yang agak pelik dalam aku menjalani hidup sebagai Budak civil yang telah mempunyai Diploma sewaktu di UTMKL dulu...dan sekarang cuba untuk memperkembangkan mengenai ilmu "civil engineering" di UTM Skudai.

Idea-idea ini mungkin juga terbentuk disebabkan satu desakan yang bermain-main di fikiran sejak aku mengikuti satu program. Dalam satu sesi kuliah yang di sampaikan oleh ust ****, minda kami telah di ketuk untuk membincangkan tajuk fikiran yang luar dari kotak atau "thinking out of the box". Berfikir untuk sesuatu yang luar dari kebiasaan, ada juga yang mengatakan berfikir secara gila-gila dalam membentuk sesuatu keputusan.

sudah..kan letih macam ni..apa salahnya kita guna idea yang lama...ok apa??x perlu penat-penat nak fikir.

Kini aku sedang berusaha untuk membentuk fikiran seperti itu, kerana aku sedar hari ini kita perlu untuk berfikir di luar kotak. Ini kerana tidak mungkin kapal terbang dapat terbang pada hari ini sekiranya tiada orang berfikir luar daripada kotak. Siapa boleh menyangka besi yang berat boleh terbang ke angkasa. Siapa sangka Genting Highland hari ini boleh menjadi salah satu pusat pelancongan yang dahulu dikatakan suatu idea yang gila. dan siapa sangka juga kita dapat dapat menaiki tempat yang tinggi dalam masa yang singkat dengan menggunakan lif. Inilah idea "gila-gila"oleh orang yang sudah terbukti berjaya.

Jadi selaku budak civil, ingin sekali hati ini untuk menggunakan sepenuhnya ilmu yang ada untuk melakukan sesuatu yang bukan sahaja berfaedah kepada diri dan juga masyarakat, tetapi yang lebih penting, Aku ingin menjadi budak civil yang dapat memartabatkan Islam. Itulah cita-citaku.

Sungguh hari ini aku cuba untuk berfikir secara gila-gila dalam segala perkara yang aku lakukan. Dan yang menjadi cabaran apabila pendapat ini sukar untuk di terima kerana ia merupakan suatu yang gila. Tidak kira dalam apa jua sama ada dalam bidang akademik, mahupun dalam organisasi yang aku sertai iaitu Persatuan Mahasiswa Islam.

Dalam menghadapi waqi' semasa yang sungguh dahsyat pada hari ini, PMI amat memerlukan suatu gerak kerja yang luar dari kebiasaan kerana Kefahaman dan kesedaran masyarakat kampus terhadap Islam hari ini semakin meruncing. Hari ini, masyarakat kampus lebih mendahulukan nafsu dari tuntutan dalam agama Islam. Sungguh sedia melihat masyarakatku hancur sebegini rupa. Di momokkan dengan hiburan sana sini, isu moral yang di pinggirkan oleh pihak universiti, gejala sosial sana sini, Segala lagi aku menyatakan amat sedih melihat masyarakat ku jadi begini.

"Ya Allah bantulah kami membuat keputusan dalam usaha membentuk masyarakat yang semakin jauh dari Mu ya Allah...Amin"

Tulisan yang penuh dengan omongan kosong dalam kembara menuju redha Allah.


0 comments