Ambil kesempatan untuk menulis

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 1:04 AM | 0 comments »

Di kesempatan ini, tidak terlambat untuk ana mengucapkan selamat menghadapi final exam kepada semua. Untuk minggu ni kurang berpeluang untuk menulis dan meng"update" blog di sebabkan tibanya masa bekerja keras untuk exam..tiada tips untuk diberikan kepada semua cuma sedikit nasihat untuk diri ana dan juga untuk semua agar kita mohon dikurniakan result yang cemerlang bukan je di sisi kita tetapi di sisi Allah s.w.t.


Ada beberapa orang sahabat yang mengadu tentang akademik kepada ana..

"ana rasa, ana x dapat "score" la untuk sem ni"..erm...lebih kurang macam tu la bunyinya..:-)

erm???macam mana nak jawab ek..mungkin sahabat-sahabat semua mempunyai jawapan yang lebih baik dari ana..tetapi apa yang ana leh berikan hanyalah nasihat supaya kita berusaha semampu yang boleh..yang lain kita serahkan kepada Allah. Apa yang paling penting, Pastikan result yang kita perolehi merupakan result yang mendapat berkat dan redha daripada Allah s.w.t.


Nasihat ni, ayah ana bekalkan kepada ana dulu waktu nak amik SPM. Pesan ayah ana supaya benda ni di amalkan dalam doa kita kepada Allah. Bila fikir-fikir balik, ada pengajaran yang ayah ana cuba terapkan dalam doa tu. Pertama, Keberkatan dan redha Allah amat penting dalam semua perkara yang kita lakukan sama ada yang kecil atau yang besar..tul x??. Kedua, pengajaran tersirat, result yang tinggi tapi tidak mendapat keberkatan dan juga keredhaan Allah berbanding result yang sederhana tetapi mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah, mana lebih baik?? tepuk dada tanya iman...

Di sini, ana tidak berniat untuk mengajak sahabat-sahabat ke arah yang tidak cemerlang, tetapi ana nak fokuskan kepada keberkatan dan juga kepada keredhaan Allah. Ketiga, keempat dan ke seterusnya sahabat-sahabat boleh cari sendiri ye.. anda semua lebih 'alim dari ana.Wallahua'lam.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

0 comments