WAHAI ANAKKU AKU TAK AKAN MEMBELIKAN IKAN UNTUKMU

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 12:52 AM | 0 comments »


anakku aku tak akan memberikan engkau sepinggan ikan

aku tidak akan menyuapkan kau

tetapi aku akan memberikan kau perahu,joran,umpan

dan sewajarnya kau menangkap ikan dengan kudratmu sendiri

jika aku memberi ikan kau akan makan

jika aku memberi wang kau akan hamburkan

dan sekarang aku memberi kau ilmu

ilmu yang tak akan punah dan pudar

jagalah ilmu itu sepanjang hayatmu

kelak ia akan menjadi temanmu tatkala kau sepi menyendiri.

0 comments