Daripada Pengetahuan Kepada Amalan

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 11:06 PM | | 0 comments »

Dalam penyelidikan saintifik, kita perlu bermula dari tahap umum kepada tahap khusus, pada masa dan di mana hal itu berlaku. Dengan Cara ini orang yang akan yang dinasihati akan menyedari kedudukan sesuatu masalah dan mula bertindak untuk memperbetulkannya. Apabila kita menjumpai suatu kesilapan, kita berkewajipan untuk membetulkannya; jika tidak, pada hari qiamat sahabat kita akan mempertanggungjawabkan kita. "umar ibn Al Khattab berkata " Semoga Allah merahmati sesiapa yang memberikan kesilapan-kesilapanku sebagai hadiah kepadaku"

Beliau melihat kesilapan sebagai hadiah dan sememangnya kesilapan buka sahaja hadiah berharga, malah satu hadiah yang tidak dapat diketepikan. Keadaan ini amat diperlukan pada hari ini kerana amalan ini telah hampir hilang. Amalan ini terpancar keluar daripada kecintaan dan keprihatinan kita kepad a orng lain. Jika anda mencintai mereka, anda patut memperbetulkan mereka. Mereka patut membalas. Jika tidak iman akan dipersoalkan sebagaimana diterangkan oleh hadis:

"Tidak beriman seseorang sehinggalah dia menyayangi sahabatnya sebagaimana ia menyayangi dirinya.."


Sifat ini bertentangan dengan sifat yang mementingkan diri sendiri yang terdapat dalam masyarakt kebendaan. Di sini manusia hanya mementingkan diri masing-masing. Objektif mereka ialah untuk memperoleh kebebasan individu untuk menikmati kepuasan nafsu. Oleh itu, mereka tidak perlu memberitahu orang lain apa-apa yang mereka tidak suka mendengarnya.

Objektif kita ialah untuk menegakkan kebenaran dalam masyarakat, walaupun kita terpaksa memberitahu orang lain apa yang mereka tidak gemar mendengarnya.

Oleh itu, apabila anda melihat sahabat anda memakai baju dengan butangnya tidak dikancingkan, tali lehernya serong, zip seluarnya terbuka, dan terdapat kotoran pada mukanya, tali kasutnya tercabut atau rambutnya tidak terurus, pastikan anda memberitahunya secara peribadi dengan serta merta. Beliau sepatutnya berterima kasih kerana beroleh hadiah yang besar dari teguran itu. Jika kita mengamalkan perkara ini "secara spontan", secara khusus, memberikan nasihat dengan kasih sayang dan prihatin dalan program latihan kita, keupayaan kita akan meningkat sebanyak lebih 50%. Kita akan merasai rahmat kerana mendekati "masyarakat yang saling mengingati antara satu sama lain"

0 comments