Bersama Mahasiswa UTHM

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 5:45 PM | 0 comments »

Hari ini saya sempat bersama-sama Ribuan mahasiswa UTHM bagi menyuarakan pendirian terhadap Kezaliman Yahudi Laknatullah ke atas saudara Islam kita di Palestin. Hari ini telah masuk hari ke-21 pencerobohan dan kekejaman yang telah dilakukan oleh Israel ke atas Palestin. Kekejaman demi kekejeman Israel menyebabkan umat Islam bangkit bersatu di atas satu Suara mengutuk kekejaman yang dilakukakan oleh mereka dan meminta Israel menghentikan serangan terhadap Rakyat Palesin.

Sebelum ini seramai 5000 Mahasiswa dari seluruh kampus telah berarak ke Kedutaan Mesir di kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan Rejim Hosni Mubarak yang bersekongkol dengan Israel dalam pembunuhan rakyat di Palestin. Hosni Mubarak yang enggan membuka pintu sempadan gaza-mesir yang bertempat di Refah menyebabkan banyak bantuan tidak dapat disalurkan kepada penduduk Gaza yang semakin memerlukan. Al-Azhar dan para ulamanya pula diam membisu dan seolah-olah menutup mata di atas dosa sang Presiden. Mufti Mesir juga hanya mampu melihat rakyat Gaza dibunuh dan disembelih.

Saya cukup kagum dengan keberanian Presiden Venezuela, Hugo Chavez dalam menyatakan pendirian terhadap isu Palestin yang bertindak menghalau duta Israel di Vanezuela walaupun mendapat serangan balas dengan menyingkirkan Duta Vanuezela di Tel Aviv. Selain itu, tindakan Presiden Bolivia, Evo Morales yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dilihat sebagai satu tindakan yang tepat dan perlu dicontohi oleh negara-negara Islam lain.

Dengan kesedaran yang sedikit, menyebabkan seluruh masyarakat diseluruh dunia khususnya mahasiswa Malaysia bangkit menyatakan ketidakpuashatian terhadap penindasan yang berlaku. Kehadiran Ribuan mahasiswa UTHM hari ini sebagai respon kepada kerajaan Israel yang sewenang-wenangnya membedil saudara-saudara seIslam kita di Palestin. Kelab Iqra UTHM yang menganjurkan Demonstrasi Aman pada hari ini juga menyeru kepada semua masyarakat agar memboikot barangan yahudi dan sekutunya amerika dan juga britain. Sekiranya kita bersatu dan serius melancarkan kempen pemboikotan ini, sekurang-kurangnya kita akan dapat mengurangkan penderitaan saudara-saudara kita di Palestin.

Di akhir Demonstrasi aman, Mahasiswa telah membakar bendera yahudi dan baju coca-cola sebagai simbolik kepada bantahan terhadap Israel seterusnya melancarkan kempen boikot terhadap barangan Israel dan sekutunya. Hidup mahasiswa!! Laknat Israel!!

0 comments