Harapan dunia kepada Obama

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 8:35 AM | 0 comments »

Jutaan Rakyat Amerika telah menghadiri upacara angkat sumpah yang telah dilangsungkan pada 20 Januari 2008 di National Mall sekaligus mencipta sejarah apabila beliau merupakan orang kulit hitam pertama yang menjadi Presiden Amerika dan menduduki White House.

Seluruh dunia menyambut baik kepimpinan baru Amerika Syarikat, Barrack Obama menggantikan Presiden Zalim George W Bush dengan satu harapan kepada Obama agar membawa satu perubahan kepada lanskap politik dunia.

"Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat merupakan satu perkembangan baru politik dunia dan mengharapkan semoga Obama membawa harapan baru rakyat di seluruh dunia."

"Perdana menteri Britain, Gordon Brown pula memuji Obama sebagai ahli politik yang 'bertenaga'. Nilai progresif dan wawasannya amat terserlah,katanya"

"Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd pula berkata kemenangan Obama adalah satu petunjuk kepada soal 'kehendak kesaksamaan'.

Beberapa janji atau manifesto yang telah ditaburkan kepada rakyat Amerika dan juga kepada masyarakat dunia. Antaranya ialah menutup kem tahanan Guantanamo, Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Amerika, memulihara ekonomi, keamanan kepada masyarakat dunia dan bermacam-macam lagi.

Janji dan harapan ini mesti ditunaikan oleh obama untuk memastikan rakyat Amerika dan dunia akan sentiasa setia dan menyokong kepimpinan beliau. Sekiranya Obama gagal menunaikan janji, ianya bakal menimbulkan kekecewaan yang mungkin mencetuskan keganasan bukan sahaja masyarakat Amerika, bahkan seluruh masyarakat dunia.

Perkembangan terbaru hari ini (rujuk berita harian,23 Januari 2008) menunjukkan Obama serius dengan janjinya apabila beliau telah menandatangani arahan eksekutif penutupan kem tahanan Guantanamo yang merupakan simbol taktik melampau 'perang menangani keganasan' bekas presiden George W. Bush. Tahniah diucapkan kepada Obama. Namun manifesto yang lain perlu dilaksanakan terutamanya berkenaan keamanan kepada Masyarakat dunia yang perlu penyelesaian segera.

Obama mesti "membayar dosa" yang kerajaan Amerika telah lakukan terhadap rakyat Palestin. Ribuan rakyat Palestin telah dizalimi dan disembelih oleh zionis yang mendapat sokongan penuh Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush sebelum ini. Kezaliman ini tidak akan mudah dilupakan khususnya oleh masyarakat Islam seluruh dunia selagi mana nasib rakyat Palestin dan semua negara Islam yang dicerobohi tidak terbela.

Apapun, Masyarakat seluruh dunia menunggu orientasi gerakan baru Amerika di bawah kepimpinan Presiden baru Barrack Obama yang penuh dengan janji dan harapan khususnya harapan baru untuk kemaslahatan umat Islam seluruh dunia. Wallahua'lam.

"Mahasiswa Responsif"

0 comments