Kepimpinan Mahasiswa perlu lebih terarah

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 1:15 AM | 1 comments »


Bahang Pilihan Raya Kampus sudah mula terasa. 13/14/15 HB Januari 2009 bakal menentukan kepimpinan yang manakah bakal mendapat mandat Seluruh mahasiswa kampus bagi memegang tampuk kepimpinan pada tahun ini. Pertembungan dua "parti" besar iaitu PRO MAHASISWA dan ASPIRASI@REVO M akan menjanjikan suatu kelainan berbanding pilihanraya kampus sebelum ini.

Pro Mahasiswa Nasional ataupun cawangan Pro Mahasiswa di setiap kampus di lihat begitu komited dalam melakukan gerak kerja yang dizahirkan melalui laman-laman blog seolah-olah akan wujud satu gelombang baru pada PRK kali ini. Isu-isu yang dibawa juga dilihat agak matang dan sesuai dengan taraf sebagai seorang mahasiswa yang mana isu-isu tersebut merangkumi aspek dalaman kampus, isu nasional dan tidak kurang isu global. Langkah ini dilihat agak positif dengan tertubuhnya Pro Mahasiswa Nasional yang mempunyai cawangan hampir di setiap kampus.

Di pihak Aspirasi pula,dilihat kurang "menzahirkan" gerak kerja sama ada di media cetak "mereka" atau blog-blog yang kian popular digunakan. Walaupun begitu, Kursus-kursus BTN yang dianjurkan EKSKLUSIF untuk ASPIRASI di kebanyakan kampus menunjukkan kesungguhan mereka untuk kekal bertanding pada PRK kali ini.

Kes Liwat Saiful Bukhari sebagai bekas didikan ASPIRASI juga dilihat bakal memberi kesan yang besar pada PRK kali ini. Sejarah hitam yang "dihadiahkan" oleh Saiful Bukhari menyebabkan ASPIRASI sudah hilang keyakinan dan mengalami "Krisis Identiti" untuk keluar pada Pilihan Raya Kampus.

"Krisis Identiti" ini menyebabkan ASPIRASI bakal menukar nama kepada REVO MAHASISWA (tunggu dan lihat). Pada pendapat saya, Rebranding tidak sepatutnya hanya pada Nama ASPIRASI sahaja, tetapi Idealisme dan Peranan ASPIRASI dalam "Memahasiswakan Mahasiswa" juga perlu di ubah. Ini Kerana, peranan ASPIRASI sebelum ini dilihat banyak dipengaruhi oleh pihak pentadbiran. Saya berpendapat, Sebagai badan yang menerajui kepimpinan tertinggi Mahasiswa seharusnya lebih tegas dan berani kehadapan untuk menyuarakan pendirian dan pendapat atau suara Mahasiswa tanpa dipengaruhi pihak atasan. Hak Mahasiswa ini perlu dikembalikan agar Insan yang bakal lahir dari Universiti lebih berwibawa dan Mantap.

Mahasiswa semua perlu jelas bahawa Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. Prinsip ini perlu bagi memastikan mahasiswa terus menjadi agen "check and Balance" dalam apa jua perkara yang berlaku sama ada di dalam atau diluar kampus. Jika prinsip ini di semai dalam minda Mahasiswa dan pihak pentadbiran , InsyaAllah tidak mustahil pada suatu hari nanti, kita akan dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja "Degree Centric" seperti yang berlaku pada hari ini, tetapi kita menginginkan Mahasiswa yang lahir lebih berkualiti dalam semua aspek.

Apapun, Kepimpinan yang bakal menerajui Kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa di semua kampus diharapkan dapat membawa satu gagasan baru untuk memimpin mahasiswa supaya lebih terkehadapan dan bebas dari pengaruh pihak atasan bagi memastikan agenda "Memahasiswakan Mahasiswa Malaysia" dapat dicapai. Wallahua'lam. Student..Power!!!

1 comments

  1. Lem // January 11, 2009 at 1:25 AM  

    apa yang terarahnya...
    kalau setakat dapat modal dari ceramah DSAI sape pun boleh...
    cuba la cari idea yang asli sikit...