Kembara Ilmu : Ko-Spin '09

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 3:54 PM | 0 comments »


KoNgres Pertama Rejuvenasi sistem pendidikan islam Negara


11 Julai 2009 / 8.00am - 6.00pm

Auditorium Muzium Shah Alam, Selangor

Turut dijemput hadir:


Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, JAKIM, Parti-parti politik UMNO, PAS, PKR & Persatuan Ulama Malaysia, NGO-NGO Malaysia, MPP-PMI IPTA & IPTS, Front Mahasiswa


Kertas kerja utama akan dibentang dan dibahaskan:


Pensekularan Sistem Pendidikan di IPTA (Prof Tajul Arifin, UKM)


Peranan Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Mahasiswa

(Prof Sidek Baba, UIAM)


Kedudukan Subjek Pendidikan Islam di Sekolah (Dr Abdul Halim Tamuri, UKM)


Halatuju Pendidikan Islam di Sekolah (Dato Dr Siddiq Fadzil)



“ PRODUCING WORLD CLASS LEADERS”

“MENUJU WAHDAH MENGEMBALI IZZAH”


Alhamdulillah, esok akan berlangsungnya Ko-Spin '09 anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia (GAMIS). Mudah-mudahan Allah mempermudahkan perjalanan saya bersama beberapa orang sahabat ke Shah Alam untuk menghadiri Kongres Pendidikan ni. InsyaAllah jumpa anda di sana!!!!.


Read more!

Diari Minggu Haluan Siswa

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 9:28 AM | 1 comments »


"Nak, kalau boleh tengok-tengokkan la anak makcik ni..ajak dia ni datang masjid atau pegi surau. makcik takut la anak makcik ni tinggal solat bila duk sini..." pinta seorang ibu kepada saya semasa berada di gerai PMI untuk menyambut adik-adik baru...

"InsyaAllah makcik, saya akan jaga solihin ni (nama anak makcik tu) baik-baik.."

Terima kasih la nak...bukan apa, makcik risau dengan keadaan sekarang ni, teruk sangat..makcik taknak anak makcik jadi macam tu.. (macam apa makcik???tertanya-tanya??)

Tinggi harapan seorang ibu untuk melihat anaknya berjaya di menara gading, tetapi tinggi juga kerisauan seorang ibu terhadap akhlak dan amalan agama anak-anaknya semasa berada di kampus. Hidup bebas dan kurangnya kawalan daripada pihak pentadbiran apatah lagi ibu bapa, boleh menjadikan mahasiswa menjadi insan berguna atau sebaliknya. (tanggungjawab aku ni!!)


Dalam sesi temuramah di kolej Tun Razak, saya bersama sahabat yang dikasihi, sahabat yg penuh strategis, kritikal, berani dan "cool" , saudara Amin, Presiden PMIUTM sempat bertemu dengan beberapa orang ibubapa. Rata-rata ibu mahu supaya anak-anak mereka berjaya dalam bidang yang di ceburi. Skema jawapan yang semua mahasiswa tahu akan skema tersebut tetapi kebanyakannya masih leka dan alpa (muhasabah untuk saya jugak).

Semasa sesi kunjungan pimpinan PMIUTM ke kolej-kolej, kami sempat bertemu En.Rahim, Pegawai keselamatan UTM. Perkara yang diperbualkan sudah tentu soal keselamatan di UTM. Semenjak demo palestin di Masjid Sultan Ismail dan selepas pilihanraya kampus beberapa bulan lepas, PMIUTM mula rapat dengan pegawai keselamatan UTM walaupun mereka sentiasa memantau pergerakan kami. (tapi takpe, da tugas nak buat macam mana kan?? kami ok je..lagi selamat ada "bodyguard"..:-), tapi kami juga punya tanggungjawab untuk ummat..:-)


Akhir sekali, bersama sahabat-sahabat menjaga dan mempromosikan PMIUTM kepada adik-adik baru. adik-adik ni nampak je macam ni tapi "gila-gila". Orang yang biasa tetapi sebenarnya sangat luar biasa. Itulah yang saya boleh katakan kepada adik-adik ni dan adik-adik yang lain. Semoga mereka dapat menjadi "front liner" kepada gerakan dan perkembangan Islam di kampus. InsyaAllah...


Read more!

Buku baru : Menghayati budaya Ilmu

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 7:25 AM | 2 comments »


Semalam ketika mengarang artikel "Transformasi : UTM semakin positif" , saya sempat berkunjung ke website Naib Canselor untuk melihat tulisan-tulisan yang beliau karang. Sedikit sebanyak tulisan beliau telah memberi inspirasi dan mencambahkan pemikiran saya tentang dunia mahasiswa. Pada ruangan website beliau juga ada memperlihatkan buku-buku yang beliau telah terbitkan. Buku sebelum ini " mengangkasa pengajian tinggi" telah saya miliki dan tertarik untuk memiliki satu lagi buku yang di iklankan dalam website beliau iaitu "Menghayati Budaya Ilmu".


Pagi ini, saya berkesempatan untuk melawat adik-adik baru di Kolej Tuanku Canselor untuk memberi sedikit pengisian atau tazkirah subuh. Setelah selesai memberikan tazkirah, seorang daripada krew MHS telah memberikan beberapa buah buku untuk dijadikan bahan bacaan.


Setelah melihat buku yang diberikan membuatkan saya sedikit terkejut kerana buku yang baru sahaja saya berniat untuk miliki, kini telah ada didepan mata. Alhamdulillah, buku saya inginkan dapat juga saya miliki.


Rakan-rakan yang turut bersama dengan saya turut berasa gembira menerima buku tersebut. Terdetik dalam hati bahawa saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya sahabat yang mencintai ilmu dan juga mencintai buku. InsyaAllah jika diberi masa, saya akan berkongsi berkenaan dengan isi kandungan buku ini pada posting akan datang. Sekali lagi, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat(amin,sufi,firdaus, khairul dan yang lain-lain) yang cintakan ilmu dan juga gilakan buku.


Read more!

Transformasi : UTM semakin positif

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 9:25 PM | 0 comments »


Perubahan demi perubahan telah banyak berlaku di UTM. Bermula dengan pelan untuk menjenamakan semula UTM sehingga kepada Pelan pembangunan mahasiswa dilihat memberi sedikit impak yang baik kepada suasana akademik dan keintelektualan mahasiswa. Naib Canselor, Prof Dato' Dr Ir Zaini Ujang (lihat website beliau di sini) menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan setakat ini. Watak dan peribadi ayahanda Naib Canselor wajar diteladani oleh para kakitangan universiti mahupun di peringkat mahasiswa sendiri.

zaini ujang

Dengan terbitnya buku "Mengangkasakan pengajian Tinggi" beberapa bulan yang lepas memberi gambaran bahawa ayahanda NC mempunyai matlamat yang jelas untuk membawa universiti lebih maju. Ternyata beliau seorang yang berjiwa besar dan sentiasa terbuka untuk menerima komen dan pandangan daripada semua pihak.



Tulisan kali ini bukanlah untuk memperkenalkan ayahanda Naib Canselor tetapi untuk memberi sedikit komentar berkenaan dengan pembaharuan yang telah beliau bawa sepanjang menjawat jawatan Naib Canselor UTM. Ada baiknya sekiranya perkara yang ma'ruf dihebahkan supaya semua orang dapat mencontohi dan meneladani sesuatu perkara yang baik.

Suasana Intelektual di UTM sepanjang kepimpinan ayahanda NC jelas terasa. Semua jabatan mengambil peranan dalam menghidupkan suasana budaya ilmu dan keintelektualan di UTM. Diskusi demi diskusi diadakan, seminar demi seminar dijalankan dan pembedahan buku telah mula bergiat aktif di sekitar UTM. Perkara yang menarik perhatian apabila Naib Canselor sendiri turun padang untuk membedah buku beliau yang telah diterbitkan oleh Penerbit UTM. Banyak komen dan kritikan yang beliau terima setelah selesai membedah buku "mengangkasa pengajian tinggi". Sikap terbuka beliau jelas dapat dilihat apabila beliau menerima segala kritikan dan pandangan yang dilontarkan oleh para peserta yang hadir.

Antara pembaharuan lain yang telah lakukan adalah dengan mewujudkan 30 "Reading Station" di sekitar UTM. Setiap "reading station" menyediakan pelbagai bahan bacaan yang terdiri daripada buku dan majalah. Ini bertujuan untuk membudayakan sifat membaca dikalangan warga UTM. Di dalam setiap ceramah beliau yang pernah saya ikuti, yang berbahagia Dato' NC sering memperingatkan setiap daripada komuniti UTM agar dapat membudayakan ilmu dalam kehidupan seharian. Ternyata beliau tidak hanya berteori tetapi berusaha untuk mempraktikalkan teori tersebut.




Perkara lain yang sedang juga dikaji adalah berkenaan Pelan pembangunan mahasiswa UTM. Di peringkat mahasiswa, saya merasakan pengkajian ini amat penting bagi memastikan Mahasiswa yang lahir setelah mendapat pendidikan di UTM merupakan mahasiswa yang berkualiti, berakhlak mulia dan berwawasan. Saya masih belum mendapat maklumat berkenaan Pelan pembaharuan ini, namun saya selaku mahasiswa UTM akan sedia untuk memberi pandangan mahupun kritikan kepada pelan yang telah dikaji bagi memastikan UTM akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Terdapat banyak lagi perubahan yang telah dilakukan. Perubahan atau transformasi setakat ini menunjukkan prestasi yang boleh dikatakan membanggakan namun tidak dinafikan terdapat kelemahan yang masih belum dapat di atasi seperti gejala sosial, gejala hedonisme , beberapa ketidakadilan terhadap hak mahasiswa serta beberapa perkara yang lain. Tetapi saya yakin, dengan kepimpinan baru yang ada sekarang, transofmarsi ke arah yang lebih baik akan dapat di kecapi pada masa akan datang. Wallahua'lam.


Read more!

Rintihan Pemuda Fathani*

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 8:47 AM | 0 comments »


Sedih Di Masjid Kampong Ai-Payea Daerah Jok-Ai-Rong


Pada pokcik-pokcik.


Pada mokcik-mokcik.


Pada adik-adik.


Pada pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi.


Lihatlah darah-darah yang mengalir di Masjid Allah SWT di kampong ai-payea itu. Terjadi apa itu?, Terjadi apa itu? Lihatlah darah-darah itu, dalam masjid meninggal 10 orang dan sakit 13 orang, dan meninggal dirumah sakit pula 1 orang, meninggal semua 11 orang. Tangan la’natullah mana membuat macam itu?


Pada pokcik-pokcik


Pada mokcik-mokcik


Pada adik-adik


Pada pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi,



Lihat lah bekas-bekas darah itu, apa sebab nya semua ini bolih jadi? Ingatlah yang sudah terjadi pada tuan haji sulong kita dulu, kena bunuh tak ada kasihan, jasadnya dibuang dalam laut songgora, tak ada batu nisan untuk nya, tak ada tanah kubur untuk nya.


Lihat lah mayat itu, apa salah dia duduk dalam masjid, sapa hati nya orang menembak dalam masjid Allah SWT. Macam binatang orang tembak kita. Sejarah sudah 5 tahun jadi di masjid kita krisek, dan juga jadi di takbai.


Apakah kita nak duduk diam,jadi orang takut dibumi kita sendiri dan di rumah kita sendiri? Oh, budak-budak muda dan budak-budak mudi! Janganlah kita kena tipu dengan seyum manis orang-orang yang tak sembahyang 5 waktu sehari semalam, jangan la kita percaya pada orang-orang yang mahu makan tidak ucap dengan nama Allah SWT.



Sedih kita semua lihat darah ada dalam masjid, mari kita semua catat dalam hati, masjid kampong ai-payea jadi bukti kejam Siam buat pada kita. Dimana saja pun, orang yang mengaku darah melayu Fathani, yang membaca pada kertas ini, azam kan diri masing-masing, darah di Masjid ai-payea adalah darah saudara-saudara kita sendiri, kita semua kena balas pada saudara-saudara kita, walau sekecil-kecil balas!, kita kena balas, darah melayu bukan harga bolih jual beli, mudah-mudah Allah beri tabah pada keluarga-keluarga yang meninggal dan keluarga-keluarga yang sakit.


Pemuda Fathani


—————–


*Tulisan ini adalah tulisan asal Pemuda Fathani/Selatan Thai kepada rakyat Malaysia


Sumber : mahasiswakini.com

Read more!

Merah itu bukan satu

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 3:44 AM | 2 comments »




Amat sukar memahami watak dan sifat manusia, amat berlainan khususnya antara lelaki dan perempuan. Hidup dalam dunia organisasi dan persatuan memaksa diri untuk memahami antara satu sama lain. Kalau tidak pasti timbul soal tidak puas hati dan perselisihan faham antara ahli persatuan dan itulah yang selalu di alami.

Pernah sekali di awal sesi kepimpinan, dalam keseronokan bergerak kerja dalam meningkatkan prestasi persatuan, masalah yang dianggap kecil dikalangan sahabat-sahabat kaum Adam rupanya merupakan Masalah berat di kalangan Kaum Hawa. Saya dan beberapa orang sahabat muslimin saling bertanya antara satu sama lain.

apa yang besar??ok je, xde masalah yang besar sangat pun....jelas seorang sahabat.

"Itu pandangan muslimin, tapi kami anggap masalah tu berat dan perlu diselesaikan segera..."jawab seorang muslimat pula.

Apa yang nampak berat sangat tu sampai kami tak nampak???dan bermacam-macam lagi persoalan yang ditimbulkan. Rupanya Allah ingin memberikan hikmah yang besar kepada saya di atas persoalan yang dilontarkan di pihak muslimat. Setiap hari saya berfikir bagaimana cara untuk memahami fikiran orang lain terutamanya muslimat, sungguh berbeza dan ini merupakan Cabaran baru tetapi sungguh memberi makna yang besar dalam hidup.

Akibat dari persoalan-persoalan yang telah dilontarkan tadi, saya mula untuk mencari jawapan dan sedikit demi sedikit saya mula memahami. Melalui pembacaan buku tentang pemikiran dan perbincangan dengan sahabat saya yang juga gilakan buku tentang pemikiran, saya mula sedar bahawa corak pemikiran lelaki dan wanita amat berbeza. Bukan sahaja corak pemikiran yang berbeza tetapi bentuk fizikal otak itu sendiri sudah menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara lelaki dan perempuan. Subhanallah, sungguh hebat ciptaan Allah. Sehingga ke saat ini, buku tentang psikologi dan pemikiran menjadi buku kegemaran saya apabila berkunjung ke perpustakaan.

Akibat dari itu juga, timbul rasa minat dan mahu membaca. Moga dengan perubahan ini, Allah akan campakkan ilmu dan kefahaman kepada saya untuk di amalkan dan di sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Oleh itu, Bacalah...bacalah..dan bacalah..InsyaAllah kita akan melihat bahawa betapa kerdilnya diri ini di hadapan Allah s.w.t kerana Ilmu Allah itu terlalu luas untuk dikaji dan dipelajari. Kini saya sedar dan tahu bahawa banyak perkara yang saya tidak tahu. Ayuh sahabat-sahabat, semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Sekali lagi, bacalah..bacalah dan bacalah.



Read more!

Konvokesyen dan Battle of the band

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 10:50 AM | 0 comments »


Memegang satu amanah yang besar di kampus UTM banyak mengajar saya serba sedikit tentang manusia dan sifatnya yang pelbagai ragam dan pemikiran serta watak. Mungkin sebelum ini hanya duduk di kalangan sahabat-sahabat sefikrah yang cintakan kebaikan dan bencikan kemungkaran. Tetapi apabila duduk di kerusi ini, pergaulan dengan "orang luar kawasan" membuka minda untuk berfikir luas. Betul, berfikir dengan lebih luas!! dan inilah yang saya mahukan..tetapi masih belum mencapai tahap memuaskan. Pergaulan dengan ramai orang akan menambahkan keupayaan berfikir kita dalam perspektif yang pelbagai.

Konsert "Battle Of The Band" atau di indahkan sedikit namanya menjadi "7 Rythm of the Champion" telah memberikan saya kesempatan untuk bertemu dengan pihak atasan bagi membincangkan isu ini. Masyuarat tersebut juga telah menemukan saya dengan orang Islam yang memperjuangkan agenda konsert Battle Of the Band yang ternyata merosakkan akhlak dan nilai jati diri mahasiswa.

Mesyuarat kali ini memerlukan sedikit persiapan kerana terpaksa berhujah untuk memastikan konsert itu tidak diadakan pada pesta konvo kali ini. Saya ditemani saudara firdaus, Timbalan Presiden PMIUTM, telah bermesyuarat hampir satu jam lebih dan telah di pengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor yang baru. Cara beliau yang sedia mendengar pandangan dari semua pihak melihatkan keprofesionalan beliau dalam mengendalikan mesyuarat dan berinteraksi dengan pimpinan pelajar.


"Pihak AJK Pelaksana konvokesyen memulakan pembentangan kertas kerja konvo. Isunya hanya satu, mereka berkeras untuk mengadakan konsert tersebut walaupun pada asalnya program itu telah dibatalkan dengan mengemukan alasan bahawa

"konvokesyen tinggal 3 hari lagi dan penyertaan untuk konsert telah melebihi 20 kumpulan, lagi pun mahasiswa juga inginkan hiburan. Setelah lama belajar, mereka juga ingin merehatkan minda. kenapa nak halang? dan Kalau nak halang pun, Kenapa pihak atasan tidak menghalang konsert-konsert yang diadakan sebelum-sebelum ini.? kami diperingkat AJK Konvo akan pastikan konsert ini tidak melanggar dasar kebudayaan yang telah digariskan oleh UTM ...
dll"

Hujah itu disambung oleh pengetua kolej yang turut menyokong konsert itu diadakan. "Biarkanlah orang yang nak pergi ke konsert tu, yang taknak pergi tu tak payah pergilah, kalau kita tak buat konsert didalam kampus ni, dorang akan tetap buat dekat luar..lebih baik kita buat dekat kampus,lagi terkawal...dan jangan kita asyik bercakap soal hukum... walaupun saya x tahu sangat tentang agama..tapi....dll..

Disebabkan Keterbatasan masa yang ada untuk mengubah perancangan asal pesta konvo., TNC terpaksa membuat keputusan untuk membenarkan konsert tersebut walaupun telah dibantah oleh PMI kerana telah melanggar dasar kebudayaan yang UTM telah tetapkan dari beberapa aspek. Pihak AJK Konvo yang mengatakan tidak melanggar mana-mana dasar kebudayaan UTM hanya "menggoreng" dan mendengar pengalaman senior tanpa merujuk kepada Dasar Kebudayaan UTM itu sendiri.

Ternyata isu ini tidak hanya terhenti di mesyuarat tersebut sahaja apabila Ust Hafiz Abdullah, Timbalan Pengarah Masjid sultan Ismail, telah menghentam konsert tersebut habis-habisan dalam khutbah jumaat beliau. Ternyata yang hadir pada solat jumaat tersebut berpuas hati dan menyatakan sokongan penuh kepada Ust Hafiz.

Beberapa hari sebelum konsert diadakan pula, satu mesej berangkai seluruh kampus UTM telah disebarkan untuk dihantar kepada Timbalan Naib Canselor sebagai tanda protes. Siapa yang memulakan??wallahua'lam..Kesannya, TNC terpaksa mematikan hp selama hampir dua hari kerana telah menerima ratusan SMS bantahan dari kalangan mahasiswa, staf dan pensyarah. Respon Ini menunjukkan masyarakat kampus UTM telah menolak sepenuhnya penganjuran konsert tersebut.

Pagi itu,seperti yang saya jangkakan, Pimpinan PMI sekali lagi dipanggil untuk membincangkan isu tersebut. Pengarah Kebudayaan, timbalan pendaftar dan pihak keselamatan telah duduk berbincang bersama PMI agar perkara itu diselesaikan dengan cara yang baik. Ternyata desakan dari semua pihak berjaya apabila Pengarah Kebudayaan UTM, PM Zahid menyatakan bahawa dia berjanji Konsert Battle Of the Band kali ini adalah yang terakhir dan akan menyemak semula dasar kebudayaan agar selari dengan tuntutan syarak. Namun konsert itu tetap juga akan dijalankan pada kali ini.

Pada hari kejadian konsert battle of the band pula, Wakil Pengarah Kebudayaan telah memberikan sedikit peringatan (tazkirah) agar semua yang hadir sama ada peserta atau penonton tidak berlebihan dalam melakukan persembahan dan sokongan. Walaupun tidak berjaya di batalkan tetapi bantahan yang dibuat telah menunjukkan keberjayaan mendesak AJK Konvo mengasingkan antara tempat duduk lelaki dan perempuan. Saya merasakan, konsert battle of the band UTM kali ini antara konsert battle of the band yang "TERSOPAN" di dunia setelah sekian lama konsert ini dianjurkan.

Bantahan ini bukanlah atas dasar kebencian kepada sesuatu pihak tetapi atas dasar keprihatinan kami PMIUTM dalam memastikan jati diri mahasiswa tidak terus dirosakkan dengan perkara-perkara yang tidak menyumbang kepada pembangunan modal insan.


Read more!

"1 Message Received..."

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 9:46 AM | 0 comments »


"Hidup ini adalah untuk bersyukur"


Bersyukur pada orang yang menyakiti kerana dialah orang yang menabahkan hati kita...

Bersyukur pada orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari...

bersyukur pada yang menjatuhkan kamu kerana dia yang memperhebat kemampuanmu...

bersyukur pada yang menyeksa kamu dia yang menguji kesabaranmu..

dan bersyukur dengan segala UjianNya kerana itu yang meningkatkan keimananmu...

From : My Friend


Mesej yang saya dapat dari seorang sahabat. Kata-kata ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam. Kebetulan dua tiga minggu kebelakangan ini banyak menghadapi situasi yang mencabar kebiasaan berbanding kehidupan biasa ana sebelum ini. Namun, ujian itu tidaklah seberapa jika ingin dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Apapun Terima kasih.


Read more!