Energi Dosa

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 8:13 AM | 0 comments »

Oleh Syamil Yusuff

Kebanyakan kita sering membicarakan tentang kebaikan, pahala dan ganjaran syurga. semua itu mamapu di capai dengan izin Tuhan kepada kita, dan semua perkara itu mampu di usahakan. cuma bagi mereka yang malas, dan hanya mengahrapkan syurga dan pahala datang bergolek sahaja, maka itu sudah pasti tidak akan memberikan apa apa pulangan. kerana apa? mereka yang sering melakukan dan jarang mencela diri sendiri kerana sering mengikut hawa nafsunya, tetapi mengharapkan syurga, maka orang itu adalah orang ang bermimpi di siang hari.

Apabila kita melakukan amal kebaikan dalam kehidupan seharian, atau melakukan ibadah yang wajib dan sunat, kita akan merasa lapang dan tenang sekali. Hal ini berlaku kerana ganjaran pahala itu sendiri merupakan satu energi yang akan membuatkan diri kita berasa begitu. namun yang demikian, dosa juga adalah sama. Ia merupakkan satu bentuk energi juga! Apakah bentuk energi itu? Sudah pasti, energi itu adalah energi yang akan memberi kesan sampingan terhadap kecerdasan fizikal, intelek, emosi mahupun spiritual.

Mengapa orang yang memelihara diri mereka dari melakukan banyak dosa amat cerdas dan begitu aktif sekali jika dibandingkan dengan orang yang banyak melakukan dosa? Mengapa orang yang memelihara diri mereka dari mengumpul energi dosa begitu pantas dan hebat sekali perilaku fizikal, intelek, emosi dan spiritual?

Itulah energi dosa! ia akan memberatkan diri kita. energi dosa adalah energi yang buruk dan besar kesannya di dunia lagi, apatah lagi di akhirat sana.

Mari kita kurangkan energi dosa itu terkumpul di dalam diri kita. kumpulkan sebanyak mungkin energi pahala kerana energi pahala yang banyak mampu memadamkan energi dosa! lakukanlah pemusnahan energi dosa dengan cara memperbanyakkan energi pahala kerana energi tidak boleh dihapuskan tetapi boleh bertukar kepada bentuk yang lain!

Ya Tuhan kami! kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang yang rugi

Al A'raf 7

0 comments