Menulis untuk apa?

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 5:05 PM | | 4 comments »


Saya masih mencari identiti tentang penulisan yang ingin dikongsi melalui blog ini. Mungkin sebab itu sampai sekarang masih belum bertemu kepada genre yang di minati untuk di kongsi bersama pembaca. Kata Orang:

"Menulis biar punya makna dan tujuan" bukan pula semata-mata tulisan bak budak ingusan.

Sebab itu, saya tertarik dengan beberapa blog rakan yang sering saya ikuti perkembangan tulisan mereka seperti Zulhilmey (kembarasanghamba.com) yang mempunyai lenggok bahasa yang menarik dan tulisan yang penuh dengan pengajaran, Hafizul Hilmi (hafizhilmi89.blogspot.com) yang mempunyai gaya penulisan yang unik dan kritis terhadap isu, Fazrena Kamal (mutiarabernilai2.blogspot.com) dengan gaya penulisan yang menyentuh jiwa dan beberapa rakan lain yang tidak saya nyatakan di sini. Begitu juga dengan adik Faiz Jamaluddin (masterfaiz.blogspot.com) yang istiqamah dalam penulisan. Walaupun saya tidak setuju beberapa perkara dalam tulisan beliau tapi saya masih setia sebagai "follower".

‘But don't living up to other people’s standards’.

Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Saya juga perlu belajar-belajar dari "sifu" di atas bagi meningkatkan kemahiran menulis. Cuma ibrah dari kata-kata hikmah perlu di ambil pengajaran:

"Berhentilah untuk menjadi orang yang sempurna, sesempurna orang lain yang anda lihat di mata."

Standard hidup mahupun standard penulisan perlu ditentukan oleh diri saya sendiri dan bukan pula "Struggle" untuk mencapai standard seperti orang lain. Tapi tidak di nafikan, kadangkala kita perlu mengkaji, bertanya dan berbincang dengan orang yang lebih mahir.

This is my life!!!

Jadi saya mahu menulis untuk apa? Masih belum terjawab. Ada cadangan?..(.^_^.)


4 comments

  1. Asmah Andy // October 6, 2010 at 9:37 PM  

    just be yourself...

  2. Pembekal Ikan Bilis Tawau // October 6, 2010 at 10:08 PM  

    terima kasih..ada cadangan?

  3. Asmah Andy // October 7, 2010 at 2:14 AM  

    xtau la...maybe specific post for specific day...mcm kwn sy bt...http://rinialik.blogspot.com...xkisah la...yg penting ada suntikan dakwah...kan3x...

  4. Mutiara Bernilai // May 6, 2011 at 10:25 PM  

    salam alaik.

    saya baru terbaca post ini.

    hu, originaliti perlu ada. Tapi sejujurnya saya sendiri tak tahu bagaimana genre penulisan saya. semuanya terletak kepada hati pembaca yang membaca tulisan kita.

    untuk tahu 'siapa' kamu sebenar, kamu perlu banyak menulis. menulis dan menulis dan menulis dan akhirnya kamu nampak, 'siapa' kamu yg sebenar.

    contoh. saya cuba pelbagai cara penulisan, namun akhirnya saya nampak satu yg benar2 ada dalam jiwa saya, kadang kita sedar sendiri dan kadang pembaca yang sedarkan kita.

    hu, saya juga sedang belajar menulis, jum!

    nota: sudah meniaga emas ya sekarang? mabruk!