Akhbar Mahasiswa, satu cita-cita

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 6:44 PM | 0 comments »


Menjelang Pilihanraya Kampus tahun lepas, saya dan beberapa orang sahabat telah ditugaskan untuk menyusun dan mereka bentuk akhbar mahasiswa untuk diedarkan ke seluruh kampus. Namun, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, akhbar tersebut terpaksa dibatalkan.

Tetapi harapan untuk melihat mahasiswa mempunyai akhbar sendiri merupakan suatu perkara yang positif bagi menajamkan lagi gerakan mahasiswa di seluruh Malaysia. Hari ini, kita telah mempunyai laman web rasmi mahasiswa iaitu, gamis daily, mahasiswakini, kampusnegara dan sebagainya. Alangkah baiknya jika mahasiswa dapat merangka satu kertas kerja baru untuk mewujudkan akhbar sendiri. Walaupun saya tidak menafikan, ianya memerlukan kos yang agak tinggi, tetapi jika kita serius , InsyaAllah kita boleh laksanakan.

Dengan adanya akhbar ini, Mahasiswa boleh merapati masyarakat dengan lebih dekat. Ini kerana, hanya segelintir masyarakat yang tahu tetang lawan web mahasiswa yang ada sekarang dan ianya tidak menyeluruh. Di bawah saya lampirkan akhbar yang menjadi simpanan walaupun tidak dapat dicetak dan dikeluarkan pada tahun lepas.


http://ismailsirajudin.blogspot.com

Read more!

Gerakan Anti PPSMI - Jom Turun!!!

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 9:50 PM | 0 comments »

Read more!

Lawatan PMIUTM Ke Ekspo Tahun Baru Cina

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 11:11 AM | 0 comments »


09 Feb 2009,Skudai: Barisan pimpinan PMIUTM serta beberapa orang pimpinan Pro Mahasiswa hari ini telah menghadiri Ekspo Kebudayaan Tahun Baru Cina bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM. Ekspo ini berlangsung selama 5 hari bermula 7hb Februari 2009 sehingga 11 Februari 2009 (Sabtu).

Kehadiran rombongan PMIUTM ke Ekspo tersebut disambut baik oleh urusetia program yang tampak mesra dan bersungguh-sungguh dalam memberi penerangan kepada rombongan yang hadir.

Urusetia program, Saudara Chow dan Long Hui kemudiannya telah membawa rombongan melawat seluruh tapak ekspo bagi memperkenalkan tradisi dan budaya masyarakat cina serta kajian kes yang telah dibuat berkenaan "Pentingnya Kebebasan Media". Rata-rata yang hadir memberikan respon yang baik dan berpuas hati terhadap pameran dan aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di tapak ekspo.

Presiden PMIUTM, Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami apabila ditemui berkata, "Lawatan hari ini memberi makna yang cukup besar kepada PMIUTM kerana ianya bukan sahaja dapat memperkenalkan budaya dan adat orang cina kepada kami, tetapi lawatan hari ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan agama dalam mencapai misi untuk mewujudkan Integrasi antara kaum yang baik di peringkat UTM. InsyaAllah pada kepimpinan kali ini, kami akan cuba memperbanyakkan hubungan dengan persatuan agama lain agar hubungan antara kaum bertambah baik pada masa akan datang".

Saudara Anis Bin Abd Wahab selaku Pengerusi Pro Mahasiswa UTM yang turut hadir dalam lawatan tersebut apabila ditanya tentang tujuan lawatannya dalam Ekspo tahun baru cina tersebut berkata, "Walaupun kita kalah dalam pilihanraya, Pro Mahasiswa masih kekal dengan agenda yang ingin dibawa kepada Mahasiswa pada Pilihanraya Kampus lepas yang mana salah satunya adalah mewujudkan perpaduan yang erat antara kaum. Agenda ini kami akan bawa sehingga pilihanraya kampus yang akan datang dan kita serius untuk melaksanakan agenda yang kita telah janjikan kepada Mahasiswa.

Keprihatinan dan kesedaran Mahasiswa dalam mewujudkan hubungan bagi merapatkan jurang antara kaum dilihat satu perkara yang positif. Kesedaran ini perlu diperluaskan diperingkat Mahasiswa yang lain agar keharmonian dan kesejahteraan di UTM khususnya dapat kita kecapi melalui perpaduan yang kukuh antara kaum dan agama pada masa akan datang, Sekian.-LPM PMIUTM-



Read more!

WAJAH SYUHADA' GHAZZAH

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 10:49 AM | 0 comments »



الموت في سبيل الله أسمى أمانينا


Bangga mendapat syahid yang diidamkan


Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid


Pergi Mendapatkan Janji Allah swt


Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu


Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga

Read more!

GAMIS Ketuai Front Mahasiswa Respon Isu Politik Perak

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 9:17 AM | 0 comments »

Kuala Kangsar, 6 Feb - Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) hari ini bakal mengetuai front mahasiswa lain antaranya Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro Mahasiswa Nasional dalam menggesa seluruh mahasiswa terutamanya sekitar Perak agar turun dalam Himpunan Mahasiswa Bersama Rakyat Perak pada pukul 3 Petang ini selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar.


Himpunan yang dijangka melibatkan 1000 mahasiswa itu akan diadakan ini bertujuan memberitahu kepada kerajaan baru negeri Perak di bawah Barisan Nasional kini bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang terlalu rapuh dan bakal mencetuskan kegawatan politik lebih dahsyat kepada tanah air dan negeri Perak sendiri.


Himpunan ini juga untuk mahasiswa merayu kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi memperbaharui mandat rakyat selepas keputusan 8 Mac seolah-olah sudah tidak dipedulikan ahli-ahli Parlimen yang melompat.


Presiden GAMIS, saudara Dzul Khairi ketika mengadakan sidang media petang semalam menyatakan keputusan yang dibuat oleh GAMIS tersebut adalah merasakan kepentingan fungsi mahasiswa dalam mengepalai gerakan mengembalikan budaya berpolitik yang sihat di pentas demokrasi yang mesti tunduk pada kuasa majoriti rakyat.


“Kami di peringkat GAMIS melihat suara mahasiswa kali ini perlu didengari supaya semua pihak bertindak mengembalikan budaya berpolitik yang sihat dan bermaruah di pentas demokrasi negara ini yang tunduk kepada kuasa majority rakyat, , bukannya adegan badut-badut politik murahan yang menjadi buah catur politikus berkepentingan sehingga rakyat yang terkorban ,”ujar beliau.


Beliau juga menggesa seluruh pencinta keadilan tanpa mengambilkira ideologi politik, bangsa dan agama untuk hadir bagi mengembalikan kestabilan politik di Perak. -mahasiswakini

Read more!

Kenangan Bersama sahabat borneo

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 9:15 AM | 0 comments »

Sungai Congkak, Selangor bersama sahabat borneo

Selepas buat track Explorace utk IBC'09


Read more!

BERJUANG BIARLAH BERPRINSIP

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 9:00 AM | 0 comments »

Melibatkan diri dengan parti dan terjun ke medan politik bukan suatu tindakan yang main - main . Rasa nak masuk kita masuk dan rasa nak keluar kita keluar . Rasa nak terjun kita terjun dan rasa nak lompat kita lompat .

Sepertilah dunia politik ini tiada tuhan yang memandang dan malaikat yang mencatat ...

Apatah lagi seorang muslim yang mempunyai aqidah , akhlak dan fikrah . Penglibatannya di medan siasah atau politik adalah sebuah perjuangan dan ia memerlukan prinsip yang jelas dan tegas .

Seorang muslim sewajarnya memiliki harga diri dan maruah yang tidak mungkin boleh ditukar dagang dengan nilai mata wang dunia . Biar berapa taruhannya , perkiraan seorang muslim tidak terhenti di muka dunia bahkan masa depannya di akhirat terlebih aula diambil kira .

Seorang politikus yang beragama Islam tidak boleh membebaskan diri dari hukum taklifi yang membabitkan dosa dan pahala atau syurga dan neraka . Biarpun dimercu kuasa dan pengaruh , taqwa dan wara' mestilah senantiasa tersemat dijiwanya .

Justeru seorang muslim yang taat menjadikan politik sebagai landasan untuk mendaulatkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah swt ini .

Sekali - kali mereka tidak membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan para banjingan politik yang tidak bermoral dan beretika . Apalagi nilai diri dan harga maruah mereka hanya dijual semurah pil kuda dipasaran gelap .

Inilah kekotoran sebuah politik kotor yang tidak berpaksi kepada akhlak dan etika dan bertunjangkan prinsip perjuangan .

Ahli Politik sekelian !

Kalau kita berpolitik biarlah politik itu membina perjuangan dan apabila kita berjuang biarlah berprinsip tanpa syarat .

Tentu sahaja penglibatan kita bersama perjuangan ini untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi mengatasi ideologi ciptaan manusia , justeru itu tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah swt . Lantaran itu kita mesti sabar mendepani pelbagai cabaran dan mesti pula tabah menyerap tekanan .

Kalau kita tidak berani dan tidak pula bersedia maka usahlah kita berjuang . Sebaiknya tunggu sahaja keputusan dari Allah swt .

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Read more!

PM Turki kecam Peres - Hidup Erdogan!!

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 8:54 AM | 0 comments »


PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 dan 2)

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).

Sumber: Berita Harian Online


************************************************************************


Ismail Said:


Tahniah atas keberanian dan kelantangan Erdogan dalam menyatakan pendirian terhadap isu Gaza. Hanya "satu dalam seribu pemimpin negara" yang berani melakukan "AKSI" seperti ini. Tindakan Keluar dari forum ekonomi dunia mungkin sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada Negara Turki sama ada dari segi ekonomi atau hubungan diplomatik dengan negara-negara pro Israel. Namun atas dasar pemimpin yang mempunyai Prinsip yang jelas tentang sesuatu isu khususnya isu Gaza, risiko bukan lagi menjadi pertimbangan utama dalam menyatakan suara ketidakpuashatian terhadap kezaliman Israel. Sehingga hari ini, Israel masih meneruskan usaha-usaha membunuh Rakyat Palestin. Yahudi perlu di "AJAR" kerana mereka merupakan makhluk paling "KURANG AJAR" dalam sejarah sehingga ke hari ini.



Read more!