HATI '08

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 12:00 PM | 0 comments »

Alhamdulillah setelah 6 hari berprogram di Perkampungan orang asli tanah abang, Mersing, akhirnya selesai sudah HATI'08. Banyak pengalaman dan juga kenangan bersama penduduk di sana yang tidak dapat kami gambarkan dengan kata-kata.


Bermula dengan sedikit kekok dengan suasana di sana, di tambah pula dengan penerangan-penerangan yang di berikan dari pelbagai pihak menimbulkan sedikit rasa gerun untuk berprogram di perkampungan orang Asli. Ini merupakan program pertama yang di jalankan oleh PMIUTM. Tetapi dengan kerjasama dan komitmen yang di berikan oleh semua Peserta Program, alhmadulillah, program ini telah di jalankan dengan jayanya.

"Da'ie Mesti Kuat", kata-kata yang boleh dibekalkan untuk Peserta agar sentiasa bersedia dalam apa jua yang bakal berlaku sepanjang program. Pelbagai masalah telah berlaku sepanjang program, antaranya tentatif yang di atur kebanyakannya terpaksa di ubah untuk menyesuaikan dengan waqi' di sana. Unit aktiviti yang di ketuai oleh akhi Rasy'ain dan di bantu oleh Ummi Su memang cekap dalam mengatur dan menyusun semula strategi agar matlamat dakwah kepada orang Asli terus tercapai. Terima kasih kepada semua unit aktiviti (Anis, yusof, nizam, nadzirah, juwairiyah, dan lain-lain.

Gandingan mantap khairul dan khairi (**ada yang menggelar ibarat Upin dan Ipin) dalam menguruskan unit teknikal juga patut di beri pujian. kedua adik-adikku ini bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu Walaupun mereka hanya berdua tanpa bantuan daripada muslimat. Keikhlasan terpancar diwajah kedua-dua mereka, mereka penat tapi masih mampu mengukir senyuman dan bergelak ketawa. Semoga Allah membalas penat lelah yang antum buat dengan ganjaran yang setimpal.

dan Kepada Semua yang terlibat, ana mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang telah anda berikan. Semoga Allah memberi ganjaran di atas pengorbanan yang telah dicurahkan kepada penduduk Orang Asli. Berdoalah semoga mereka menerima hidayah daripada Allah s.w.t. Kita hanya mampu berusaha setakat yang mampu tetapi Allah sahaja yang dapat memberi Hidayah. Wallahua'lam

Unggul Bersama Islam

Strive 4 mardhatillah

Gambar Sekitar Program


0 comments