Nasihat Sebgai satu tanggungjawab

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 10:42 PM | | 0 comments »

Memberikan nasihat adalah satu kewajipan kita, tanpa mengira bagaimana nasihat itu diterima. Rasulullah S.A.W mengingatkan kita bahawa banyak masyarakat yang musnah akibat kecuaian mereka terhadap nasihat. Yang lebih penting, nasihat perlu diberikan semata-mata kerana Allah, bukannya kerana tujuan keduaniaan. Dalam Hal ini, semua pendakwah mestilah menjadi contoh terhadap perlaksanaan akhlak Islam yang mulia ini, iaitu nasihat,

Kita tidak sepatutnya dikecewakan oleh mereka yang tidak menerima nasihat ikhlas kita dengan baik. Pengalaman menunjukkan bahawa mereka yang tidak senang dengan nasihat yang terbuka dan baik, kadangkala akan menghargainya beberapa bulan atau tahun kelak.

Akhir sekali, Satu peringatan perlu diberikan di sini. Semasa kita menyampaikan nasihat kepada seseorang, tidak bermakna idea kita adalah benar. kadangkala kita mungkin tersilap, manakala orang yang kita beri nasihat itu betul. Dalam kes sedemikian, amalan nasihat tidak semestinya bertukar menjadi satu pertelingkahan; tetapi menjadi satu perbincangan yang matang. Hal ini merupakan tanggungjawab pemberi dan penerima nasihat.

0 comments