Parlimen Turki Sokong Tarik Larangan Bertudung

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 12:43 PM | 0 comments »

ANKARA: Parlimen Turki semalam mengundi menyokong pindaan perlembagaan bagi menarik balik larangan memakai tudung di universiti, walaupun dibantah keras kumpulan sekular negara itu.


Undian 411 menyokong dan 103 menentang membolehkan pindaan perlembagaan dilakukan dengan menambah satu paragraf menyatakan setiap orang mempunyai hak mendapat layanan sama rata dan tiada siapa boleh dihalang daripada mendapatkan hak untuk pendidikan lebih tinggi.


Pindaaan itu perlu dipersetujui Presiden Abdullah Gul, seorang Muslim yang taat dan dijangka tidak mempunyai masalah untuk menandatangani pindaan itu.


Berpuluh ribu rakyat Turki menunjuk perasaan di Ankara membantah pindaan itu dan menggesa kerajaan memerintah meletak jawatan.


Seorang ahli parlimen menyifatkan penarikan balik larangan itu sebagai hukuman mati kepada republik sekular itu dan bakal menimbulkan kekecohan di universiti.


Pemakaian tudung sejak sekian lama dilarang di unversiti di Turki yang mempunyai majoriti penduduk Muslim tetapi kuat berpegang kepada sistem sekular.


Bagaimanapun Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menyifatkan larangan itu sebagai ujian kepada wanita Islam yang terpaksa membuka tudung ketika memasuki universiti. - AP

Islam did not spread by itself..

Islam Did Not Spread By Itself…”

0 comments