Erti sebuah Cuti..

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 9:13 PM | | 3 comments »

"Aku mungkin ndak balik cuti semester ni pak,sebab baru jak balik hari tu kan..lagipun tiket mahal, membazir jak nanti...". Jelas aku kepada bapakku yang jauh di negeri bawah bayu..


"oh..kalau balik Sabah membazir ya...kalau jalan-jalan di semenanjung tu, ndak membazir plak??"(sambil ketawa)..bapakku cuba bergurau..

Dari kiri : Pakcik Rusdan, Bapakku, Aku sewaktu bersiar-siar
di sekitar Kuala Lumpur.

Sewaktu "kawan-kawan sekuliah" bergembira bersama keluarga di rumah, aku pula bersama "sahabat-sahabat yang sedikit". Cuti Kali ini sudah dipenuhi dengan jadual yang agak padat. Ini kali pertama aku di hujani senarai kerja yang begitu banyak. Kekadang datang rasa pening kepala, sesak nafas kerana belum dapat membiasakan diri dalam menguruskan semua kerja-kerja ini. Mungkin kerana aku belum menjiwai peranan yang di berikan. Mungkin minda masih bergerak secara minima, jiwa masih belum matang, ilmu juga masih cetek untuk diterjemahkan dalam gerak kerja yang memerlukan penelitian yang halus dalam setiap tindakan.

Letih jugak..tapi takpe, aku faham kerja ni wajib aku buat sebagai seorang muslim. Keletihan hanya sementara, dan aku mengharapkan kebaikan yang berpanjangan.

sekadar coretan kosong dalam mencari erti sebuah kehidupan...

3 comments

  1. LegendZ // December 14, 2008 at 2:12 PM  

    salam roomateku..dun worry klu xdpt balik ct ni..pas2 ni boleh balik lg..nk wt camne..itulah 'nikmat' yg harus di terima bg org yg duduk jauh ni..

  2. Anonymous // December 31, 2008 at 3:34 PM  

    salam..
    cuti yg penuh dengan episod2..
    moga ade prubahan dari pelbagai 'kisah' itu...
    amin.
    salam

  3. Anonymous // January 11, 2009 at 2:38 AM  

    salam alaik..

    teruskan usaha enta inshaAllah dan semoga Allah membantu enta dalam urusan hidup enta :)

    salam ziarah dari bumi london =D