Merah itu bukan satu

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 3:44 AM | 2 comments »




Amat sukar memahami watak dan sifat manusia, amat berlainan khususnya antara lelaki dan perempuan. Hidup dalam dunia organisasi dan persatuan memaksa diri untuk memahami antara satu sama lain. Kalau tidak pasti timbul soal tidak puas hati dan perselisihan faham antara ahli persatuan dan itulah yang selalu di alami.

Pernah sekali di awal sesi kepimpinan, dalam keseronokan bergerak kerja dalam meningkatkan prestasi persatuan, masalah yang dianggap kecil dikalangan sahabat-sahabat kaum Adam rupanya merupakan Masalah berat di kalangan Kaum Hawa. Saya dan beberapa orang sahabat muslimin saling bertanya antara satu sama lain.

apa yang besar??ok je, xde masalah yang besar sangat pun....jelas seorang sahabat.

"Itu pandangan muslimin, tapi kami anggap masalah tu berat dan perlu diselesaikan segera..."jawab seorang muslimat pula.

Apa yang nampak berat sangat tu sampai kami tak nampak???dan bermacam-macam lagi persoalan yang ditimbulkan. Rupanya Allah ingin memberikan hikmah yang besar kepada saya di atas persoalan yang dilontarkan di pihak muslimat. Setiap hari saya berfikir bagaimana cara untuk memahami fikiran orang lain terutamanya muslimat, sungguh berbeza dan ini merupakan Cabaran baru tetapi sungguh memberi makna yang besar dalam hidup.

Akibat dari persoalan-persoalan yang telah dilontarkan tadi, saya mula untuk mencari jawapan dan sedikit demi sedikit saya mula memahami. Melalui pembacaan buku tentang pemikiran dan perbincangan dengan sahabat saya yang juga gilakan buku tentang pemikiran, saya mula sedar bahawa corak pemikiran lelaki dan wanita amat berbeza. Bukan sahaja corak pemikiran yang berbeza tetapi bentuk fizikal otak itu sendiri sudah menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara lelaki dan perempuan. Subhanallah, sungguh hebat ciptaan Allah. Sehingga ke saat ini, buku tentang psikologi dan pemikiran menjadi buku kegemaran saya apabila berkunjung ke perpustakaan.

Akibat dari itu juga, timbul rasa minat dan mahu membaca. Moga dengan perubahan ini, Allah akan campakkan ilmu dan kefahaman kepada saya untuk di amalkan dan di sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Oleh itu, Bacalah...bacalah..dan bacalah..InsyaAllah kita akan melihat bahawa betapa kerdilnya diri ini di hadapan Allah s.w.t kerana Ilmu Allah itu terlalu luas untuk dikaji dan dipelajari. Kini saya sedar dan tahu bahawa banyak perkara yang saya tidak tahu. Ayuh sahabat-sahabat, semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Sekali lagi, bacalah..bacalah dan bacalah.



2 comments

  1. Sunah Sakura // June 27, 2009 at 11:25 PM  

    Salam. Ana syorkan supaya nta baca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus tulisan John Gray, rsnye akh hafiz ade buku tu..selamat membaca & memahami gaya fikir manusia.

  2. Pembekal Ikan Bilis Tawau // June 30, 2009 at 9:25 PM  

    Ana da belek2 ckit..hafiz tgh baca buku tu..so tunggu dia abis lu...