Lama tidak menulis..

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 8:52 AM | 0 comments »


Assalamualaikum

Bersyukur kepada Allah dalam kelapangan masa yang ada, saya cuba untuk mencoret sedikit tulisan di blog yang telah lama tidak dikemaskini. Bukan saya tidak menulis, cuma terlalu banyak blog yang saya kendalikan yang memerlukan perkhidmatan untuk menulis khususnya tentang berita-berita di kampus UTM. Walaupun telah lama menjadi mantan Lujnah Penerangan dan Multimedia PMIUTM, tetapi hasil tulisan masih diperlukan. Tapi jika tulisan itu lebih menyumbang kepada gerakan dakwah di kampus, tiada masalah malah mengemaskini blog orang lain itu lagi utama berbanding blog sendiri yang lebih bersifat peribadi.

Apapun, sepanjang tidak menulis di dalam blog ini, banyak perkara telah berlaku. InsyaAllah pada tulisan akan datang saya akan cuba kongsikan. Tulisan kali ini sekadar untuk mengemaskini blog yang telah sekian lama terbiar dan untuk mengesahkan bahawa pemilik blog ini masih hidup..:-)

Salam perjuangan buat semua sahabat-sahabat...

0 comments