Buku baru : Menghayati budaya Ilmu

Posted by Pembekal Ikan Bilis Tawau | 7:25 AM | 2 comments »


Semalam ketika mengarang artikel "Transformasi : UTM semakin positif" , saya sempat berkunjung ke website Naib Canselor untuk melihat tulisan-tulisan yang beliau karang. Sedikit sebanyak tulisan beliau telah memberi inspirasi dan mencambahkan pemikiran saya tentang dunia mahasiswa. Pada ruangan website beliau juga ada memperlihatkan buku-buku yang beliau telah terbitkan. Buku sebelum ini " mengangkasa pengajian tinggi" telah saya miliki dan tertarik untuk memiliki satu lagi buku yang di iklankan dalam website beliau iaitu "Menghayati Budaya Ilmu".


Pagi ini, saya berkesempatan untuk melawat adik-adik baru di Kolej Tuanku Canselor untuk memberi sedikit pengisian atau tazkirah subuh. Setelah selesai memberikan tazkirah, seorang daripada krew MHS telah memberikan beberapa buah buku untuk dijadikan bahan bacaan.


Setelah melihat buku yang diberikan membuatkan saya sedikit terkejut kerana buku yang baru sahaja saya berniat untuk miliki, kini telah ada didepan mata. Alhamdulillah, buku saya inginkan dapat juga saya miliki.


Rakan-rakan yang turut bersama dengan saya turut berasa gembira menerima buku tersebut. Terdetik dalam hati bahawa saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya sahabat yang mencintai ilmu dan juga mencintai buku. InsyaAllah jika diberi masa, saya akan berkongsi berkenaan dengan isi kandungan buku ini pada posting akan datang. Sekali lagi, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat(amin,sufi,firdaus, khairul dan yang lain-lain) yang cintakan ilmu dan juga gilakan buku.


2 comments

  1. LegendZ // July 1, 2009 at 10:58 PM  

    pinjam mail...

    p/s-gila buku xpe..tp jgn gila kuasa..ahaha

  2. Lagenda // July 2, 2009 at 6:19 PM  

    salam...
    mintak buku kuning!!!!